Produk Terbaru

Thursday, September 12, 2013

STRAWBERI LANGSINGKAN TUBUH


SECAWAN STRAWBERI LANGSINGKAN TUBUH

Anda kenal strawberi…strawberi berwarna kemerahan-merahan apabila masak, seakan memanggil-manggil untuk menikmati keenakannya. Strawberi sering juga dijadikan hiasan didalam pelbagai hidangan seperti kek. Tanpa kita sedar, banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada buah yang berbentuk hati ini seperti memutihkan gigi serta menjauhi penyakit kardiovaskular. Manfaat lain juga boleh kita dapati dalam buah strawberi ini.

KAYA ANTIOKSIDA

Tidak menghairankan buah strawberi amat sesuai untuk menghindarkan risiko penyakit kardiovaskular seperti kanser. Antioksida yang tinggi di dalam buah ini juga akan menghalang proses penuaan sehingga kita akan dilihat sentiasa muda. Selain itu,ianya juga  membantu meneutralkan kesan nagatif radikal bebas didalam tubuh sekali gus menghindari dari bakteria penyebab influenza.

KAYA VITAMIN C

Vitamin C dalam buah strawberi lebih tinggi berbanding buah limau . Zat ini amat berguna untuk memerangi beberapa jenis kanser dan menekan kadar kolesterol berlebihan. Buah ini juga mengandungi vitamin lain seperti vitamin B2, B5, B6, tembaga dan magnesium selain mengandungi asid lemak omega dan serat.

KAYA KALIUM

Buah ini kaya dengan kalium iaitu mineral yang membantu mengatur elektrolit di dalam tubuh sehingga menurunkan risiko serangan jantung dan strok. Terdapat juga asid folat yang berperanan sebagai salah satu zat yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

LANGSINGKAN TUBUH

Buah strawberi boleh membantu langsingkan badan kerana buah ini hampir bebas dari lemak. Secawan strawberi yang mengandungi 0.6 gram lemak dapat meransang metabolisme dan mengurangkan nafsu makan.

No comments:

Post a Comment