Produk Terbaru

Sunday, October 6, 2013

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Masalah perut buncit bukan sahaja sering dihadapi oleh kaum hawa tapi juga kaum adam. Ia dialami oleh semua golongan tanpa mengira umur dan bangsa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah perut buncit. Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat seperti gemar makanan ringan dan kurang bersenam. Masalah ini juga sering membelenggu wanita selepas melahirkan anak.
      Harus diakui perut buncit mencacatkan penampilan dan membuatkan seseorang berasa rendah diri. Jangan bimbang, perut buncit bukanlah masalah rumit. Ianya dapat diatasi dengan syarat anda mempunyai disiplin yang tinggi.

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

  • Gantikan minuman manis dengan air putih. Minuman manis akan membuatkan berat badan meningkat dan mengundang pelbagai masalah. 
  • Usah gelojoh ketika menjamu selera. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur. Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.
  • Kurangkan garam dalam makanan dan juga perasa. Garam yg banyak akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh. Lama kelamaan perut akan menjadi buncit.
  • Makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.
  • Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak. selain mengamalkan pemakan yang sihat anda juga perlu mengambil ubat sembelit atas saranan doktor.
  • Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman akan membuatkan tubuh anda sihat, menawan dan perut menjadi kempis. 
  • Pakaian pelangsingan juga membantu mengatasi masalah perut buncit. Namun usah memilih yang terlalu ketat, saiz yang sesuai akan membuatkan anda selesa...  
 * So amalkan tips tersebut untuk miliki badan yang langsing serta perut yang kempis..

No comments:

Post a Comment